Tabung Bantuan Asnaf

Tangan yang Memberi Lebih Baik Dari yang Menerima



Siapa sangka dalam keadaan Malaysia menuju kemajuan, masih terdapat rakyat negara ini belum mendapat keperluan asasi yang mencukupi. Dengan situasi ekonomi lebih mencabar pada tahun 2023, semakin bertambah jumlah individu dan keluarga yang memerlukan bantuan.

...

 Atas kesedaran ini, pihak Hayrat Relief mengambil inisiatif menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka.




Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Itulah yang boleh diibaratkan untuk sesetengah golongan masyarakat di negara kita. Tekanan ekonomi pada tahun 2023 menyebabkan ramai kehilangan mata pencarian dan sukar untuk mendapat pekerjaan kembali. Golongan B40 terutamanya amat tertekan dengan keadaan ini.  
.

Antara solusi pantas yang telah kami gerakkan adalah Misi Bantuan Kebajikan Program ini khusus bagi membantu  golongan yang berada dalam kesempitan hidup. 





 BERKAT BANTUAN ANDA, NASIB ANAK-ANAK SABAH TERBELA


Anak-anak di Sabah ini ada yang terpaksa bekerja sejak kecil, keciciran pelajaran dan hidup di timbunan-timbunan sampah dengan akses makanan, kesihatan dan pendidikan yang amat terhad. Kebanyakan mereka ini juga adalah saudara Islam kita yang sangat memerlukan pendidikan agama.
.

Sumbangan-sumbangan anda telah membantu mereka untuk menjalani kehidupan seperti anak-anak yang lain.  
.

Perubahan positif pada mereka memberi semangat untuk kami terus menghulurkan bantuan kepada golongan yang senasib. Marilah kita membantu golongan Asnaf seperti anak-anak Sabah ini.
.




 INI PULA KISAH  MAKCIK JUBAIRA...  

 SUMBANGAN ANDA TELAH MERINGANKAN BEBAN MAKCIK JUBAIRA DAN ANAK-ANAK, ALHAMDULILLAH.


Makcik Jubaira, merupakan ibu kepada 2 orang anak istimewa. Anak pertama menghidap autisme, manakala anak kedua mempunyai masalah fizikal tanpa tulang belakang.
.

Anak-anak beliau memerlukan penjagaan yang rapi daripada makcik Jubaira. Juga, keperluan asasi seperti ubat-ubatan, susu formula dan lampin menjadi keutamaan buat mereka.
.

Oleh itu, mereka sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua penyumbang yang sentiasa mendukung dan memberi sokongan kepada Makcik Jubaira. 

.



BANTUAN BERTERUSAN UNTUK GOLONGAN MEMERLUKAN

Hadiah dari Tuan Puan,  memberi sinar harapan untuk mereka teruskan hidup. Ya, hidup mereka umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kadang ada yang sanggup menahan lapar. Luluh hati kami melihat. 


GOLONGAN ASNAF YANG DIBANTU :-



JENIS-JENIS BANTUAN YANG DIJALANKAN :-

  • Pendidikan  (khususnya untuk anak-anak Sabah dan kanak-kanak kurang upaya (OKU)
  • Bot pengangkutan secara percuma untuk pelajar kanak-kanak di Kampung Simagun, Sabah
  • Penambahbaikan kemudahan sekolah
  • Membina sekolah baru untuk kanak-kanak ini mendapat Pendidikan yang baik
  • Melahirkan ramai cikgu untuk membimbing anak-anak kecil
  • Makanan Keperluan Asas
  • Kesihatan
  • Kelengkapan kanak-kanak
  • Sewa rumah dan utiliti
  • Modal perniagaan



 ANDA SUMBANG, KAMI SAMPAIKAN 


  SUMBANGAN 1 =  RM 10  

     SUMBANGAN 2  RM 50  

  SUMBANGAN 3  =  RM 100 

    SUMBANGAN 4  RM 300 

    SUMBANGAN 5  =  RM 500 

.

Kita mungkin lebih senang menuduh mereka tidak berusaha sedangkan ada dia antara mereka ini tidak diberi peluang dan ditunjukkan arah untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Semoga dengan  bantuan anda semua, lebih ramai asnaf dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Ayuh bantu mereka walaupun serendah RM10.


Penafian:

Bagi pembayaran mengunakan payment gateway BillPlz,  cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.
Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta menampung kos  pengurusan.
 Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi +60 11 -2875 3635  (HQ HAYRAT RELIEF MALAYSIA).



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
BANTUAN ASNAF (RM 500)
BANTUAN ASNAF (RM 300)
BANTUAN ASNAF (RM 100)
BANTUAN ASNAF (RM 50)
BANTUAN ASNAF (RM 10)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN

Hubungi Kami