Dunia Membaca Al Quran



DUNIA MEMBACA AL-QURAN
(DUNYA KURAN OKUYOR)

Projek ini merupakan projek signature Hayrat Relief Malaysia sejak awal penubuhannya. Projek ini dijalankan atas usaha dakwah di negara-negara Benua Afrika ketika itu di mana mereka ada lagi yang masih menggunakan Al-Quran yang ditulis di papan-papan kayu yang dipanggil sebagai "Luh".

Mereka akan menulis Al-Quran di atas papan-papan kayu ini, menghafalnya kemudian memadam apa yang sudah dihafal. Kemudian, mereka akan menulis semula Al-Quran yang baru untuk dihafal. Ini lah kaedah yang digunakan di sana kerana mereka tidak mendapat banyak akses kepada Al-Quran Mushaf seperti kita dan ada kalangan mereka yang tiada duit untuk membeli senaskhah Al-Quran.

Disebalik itu juga, Mubaligh Kristian menyebarkan 'Bible' mereka secara percuma kepada masyarakat Afrika serta bantuan-bantuan yang lain yang akhirnya menyebabkan masyarakat Islam di sana banyak yang menukar agama ke agama Kristian atas usaha mereka ini.



Kebanyakan Mereka Adalah Bakal-Bakal Hafiz

Apa yang menarik di sini, walaupun keadaan yang susah untuk mereka menghafal Al-Quran, namun dalam kalangan kanak-kanak Afrika ini, ramai yang pergi ke madrasah-madrasah demi menjadi seorang Hafiz/Hafizah.

Walaupun begitu, ia tetap susah bagi mereka kerana jika mereka ingin mengulang, mereka tidak dapat untuk membuka semula muka surat yang mereka hafal kerana apa yang ditulis pada Luh sudah dipadam. 

Begitu juga masyarakat awam yang tidak menghafal Al-Quran. Mereka ingin membaca dan merujuk Al-Quran, tetapi mereka tidak mempunyai naskhah Al-Quran dan ini membuatkan mereka akan tinggal terus untuk membaca Al-Quran sehingga ke satu tahap, mereka sudah tidak mengamalkan lagi ajaran Islam yang sebenar.



MISI AL-QURAN KE BALKAN

Dalam kita menolong negara-negara Benua Afrika dari sudut menyampaikan dakwah melalui Al-Quran, namun kita terlupa dengan saudara kita di negara-negara Balkan, yang mana pernah menjadi tanah jajahan Empayar Turki Uthmaniyah suatu ketika dahulu.

Di antara seluruh tanah Balkan, Bosnia dan Herzegovina merupakan negara Balkan yang mempunyai komuniti Islam yang teramai iaitu 50% daripada populasi rakyatnya, dan kemudian diikuti dengan agama lain. Masyarakat Islam di sana dipanggil sebagai 'Bosniak'.



Bosnia dan Herzegovina melalui satu sejarah yang panjang sejak zaman Empayar Rom sehingga lah Empayar Turki Uthmaniyah. Namun, era di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyyah berakhir pada tahun 1908 apabila secara rasminya Bosnia dan Herzegovina secara rasminya menjadi sebahagian daripada negara Austria-Hungary.

Pada 1918, Kerajaan Yugoslavia ditubuhkan dengan menggabungkan beberapa negara di Balkan. Namun, keadaan itu memberi pelbagai masalah terutamanya dalam masalah nasionalis.

Di dalam negara-negara Balkan, terdapat beberapa etnik yang berbeza dari segi pengamalan agama, budaya dan bahasa. Antaranya seperti bangsa Serb, Croat, Bosniak, Slovene, Herzegovina, Montenegro, Macedonia dan juga Albania.

Disebabkan semangat nasionalis yang tinggi bagi setiap etnik yang ada, maka tercetus beberapa adegan perebutan kuasa dan juga peperangan. Antara peperangan yang paling buruk berlaku adalah Peperangan Bosnia pada 1992-1995 antara Serbia, Croatia dan Bosnia.

Sepanjang berlaku peperangan ini, yang paling terkesan dan yang paling ramai dibunuh ialah masyarakat Bosnia-Muslim. Mereka dibunuh beramai-ramai oleh tentera Serbia serta beberapa kaedah yang lain lagi digunakan dalam projek 'Ethnic Cleansing' ini. Peristiwa ini amatlah menyayat hati seluruh bangsa manusia ketika itu sehingga ia masih diingati sehingga kini.



PEPERANGAN SUDAH TAMAT

Setelah peperangan tamat, masyarakat awam terutamanya golongan Muslim mula mendapat nafas baru. Negara mula dipimpin dengan melibatkan 3 etnik berbeza dalam badan pentadbiran iaitu Bosniak, Serbia dan Croatia. 

Walaupun begitu, ia bukanlah pemerintahan oleh orang Islam sepenuhnya walaupun masyarakat Islam di sana merupakan masyarakat majoriti. Ianya dipimpin oleh pelbagai bangsa yang melibatkan agama yang berbeza. 

Masih terdapat lagi beberapa akses kepada ajaran Islam yang masih kurang terutamanya dalam pembangunan madrasah-madrasah dan masjid. Fasiliti yang tidak diperbaharui serta Al-Quran yang lusuh masih ada di tempat-tempat pengajian mereka.




Al-Quran, Menjamin Dakwah Islamiah di Seluruh Dunia

Dengan kehidupan dalam masyarakat majmuk, serta pengaruh Eropah dari segi ideologi Westernisasinya, melalui usaha dakwah Al-Quran ini, dapat membantu mereka terutama golongan agamawan sana untuk meneruskan dan mengekalkan gaya hidup Islam dalam kalangan umat Islam di sana.

Ada di kalangan anak-anak muda ini sedang berusaha untuk menjadi hafiz dan hafizah demi menyambung dakwah Islamiah di bumi Bosnia yang dahulu pernah berada di bawah Empayar Turki Uthmaniyah yang hebat.

Kita tidak mahu suatu hari nanti, dalam keadaan tidak sedar, mereka sudah tiada identiti Islam pada diri mereka kerana ketiadaan akses kepada ilmu agama seperti mana yang pernah terjadi di negara-negara Benua Afrika.


AL-QURAN TAWAFUQ



Al-Quran yang  disebarkan ini khas dikeluarkan daripada gudang Hayrat yang berada di Isparta, Türkiye.

Al-Quran ini juga mendapat pengesahan dan pengiktirafan Jabatan Urusan Agama Islam, Türkiye dan mendapat  pengesahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia.

Ditulis oleh Ahmed Husrev Altınbaşak, al-Quran ini mempunyai ciri-cirinya yang istimewa. Ia dipanggil dengan nama 'Al-Quran Tawafuq' kerana kemukjizatannya yang dijumpai oleh seorang Mujaddid Ummah dari Türkiye ketika itu iaitu Imam Badiuzzaman Said Nursi Ia di cetak dalam 3 qiraat yang masyhur dalam dunia Islam dan diedarkan mengikut bacaan qiraat setempat. Ia dapat dibaca oleh umat Islam yang tinggal di seluruh dunia terutama di Afrika. 


AYUH BERSAMA HAYRAT RELIEF MALAYSIA

 Realisasikan projek ini dengan semangat dan sumbangan dari anda semua.

Ayuh! Bantu Mereka Walaupun Serendah RM 20

.

Anda boleh pilih ikut pakej di bawah mengikut kemampuan masing-masing:

 .

+  TAJA 10 AL QURAN = RM 500

  TAJA 7 AL QURAN   = RM 350

  TAJA 5 AL QURAN  = RM 250

  TAJA 3 AL QURAN  = RM 150

  TAJA 1 AL QURAN  = RM 50

 SEDEKAH   = RM 20


Pada tahun 2024 ini, Hayrat Relief Malaysia bekerjasama dengan Association of Malaysian Muslim Intelectual (PIMM), Pertubuhan Wanita Negeri Sembilan, Wanita PERKIM Seremban serta Rumah Ngaji bagi menjayakan misi Al-Quran ke Balkan pada tahun ini.




.

Kami juga terbuka kepada mana-mana usahawan, korporat, badan-badan organisasi, institusi kerajaan dan lain-lain  jika mahu menjalankan projek ini secara terus ataupun ingin mengadakan Lawatan Kemanusiaan (Humanitarian Trip), boleh hubungi pegawai kami yang bertugas untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut lagi.

(En. Faris - https://wa.me/message/KOXQXMG6BZ47E1)
Ketua Pegawai Operasi (Kemanusiaan)
Hayrat Relief Malaysia

.

InsyaAllah, dengan asbab bantuan anda semua, lebih ramai generasi Huffaz al-Quran dapat dilahirkan di kawasan Afrika dan negara Islam lainnya.



Penafian: 

Bagi pembayaran mengunakan payment gateway BillPlz,  cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.
Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta menampung kos  pengurusan.
 Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi  03-2938 2830 (HQ HAYRAT RELIEF MALAYSIA)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Waqaf Al-Quran 10 [RM 500]
Waqaf Al-Quran 7 [RM 350]
Waqaf Al-Quran 5 [RM 250]
Waqaf Al-Quran 3 [RM 150]
Waqaf Al-Quran 1 [RM 50]
Sedekah [RM 20]
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

PEMIKIRAN NUR (HAYRAT RELIEF) PPM-018-10-04092012
pemikirannurmalaysia@gmail.com
+60329382830
Hubungi Kami