AYUH KITA BERWAKAF BUAT SAUDARA MUSLIM KITA DI AFRIKA
Pada awal tahun 2000, terdapat kira-kira 30 juta penganut Kristian di kawasan Asia Tengah dan Afrika.Namun kini, jumlah penganut Kristian telah hampir mencecah 700 juta.
.
Salah satu sebabnya ialah kerja dakwah Islam di sana masih belum cukup kuat dan hubungan antara negara Islam masih lemah. Di sesetengah negara di dunia ini, masih ramai lagi saudara Muslim kita masih belum mempunyai Al-Quran. Mereka cuba menjadi penghafaz Al-Quran (Hafiz) hanya dengan beberapa buah Al-Quran yang hanya boleh didapati di masjid dan sekolah. Allah, betapa sukarnya keadaan mereka untuk menjadi Hafiz.
.
.
Di beberapa desa dan kota yang kami kunjungi, Allahuakbar, mereka tiada Al-Quran.
Mereka cuba membaca dan menghafal Al-Quran di atas pasir, kadang-kadang mereka tulis di pinggan yang mereka sebut ''luh''. Di beberapa kampung, mereka membaca dan menghafal Al-Quran dengan satu-satunya salinan yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka. Allah.
.
DUNIA MEMBACA AL-QURAN
.
Atas faktor itu, kami Hayrat Relief Malaysia dengan kerjasama Yayasan Hayrat di Turki, telah memulakan kempen DUNIA MEMBACA AL-QURAN dengan impian menyebarkan Al-Quran ke seluruh dunia yang sangat memerlukan terutamanya kawasan pedalaman Afrika dengan komuniti minoriti Islam.
.
Matlamat kami adalah untuk menyebarkan 1,000,000 naskhah Al-Quran kepada saudara-saudara Muslim kita di sana melalui Kempen DUNIA MEMBACA AL-QURAN ini dengan harapan bagi melahirkan lebih ramai generasi Huffaz Al-Quran dan menyebarkan Islam di kawasan minoriti Islam di sana.
Alhamdulillah, sehingga hari ini, kami telah menghantar lebih 300 ribu naskhah Al-Quran di beberapa negara terutamanya di Afrika, Nigeria, Sudan, Niger, Togo, Ghana, Somalia, Kenya, Bosnia-Hervegonia, Utara Macedonia dan Albania dan masih berterusan sehingga kini.
. TANPA SUMBANGAN IKHLAS TUAN PUAN, KITA TELAH BERJAYA
SATU KONTENA AL-QURAN TELAH DIHANTAR
Alhamdulillahpada November 2021, Hayrat Relief Malaysia telah menghantar sejumlah 32,400naskhah al-Quran dan 32,400 naskhah Iqra' (satu kontena) ke benua Afrika.
Pada Januari 2022, kami telah menghantar sebanyak 13,000 naskhah al-Quran ke 5 buah negaraAfrika iaitu Burkina Faso, Sudan, Niger, Nigeria dan Chad.
Semua ini adalah berkat doa dan bantuan Rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sumbangan kepada kami. Tanpa kalian amat sukar untuk kami menggerakkan agenda dakwah yang mulia ini.
Pihak kamisangat berterima kasih kepada seluruh Rakyat Malaysiakhususnya para penyumbang yang dermawan.
.
Namun, masih banyak lagi madrasah yang memerlukan.
Siapa lagi jika bukan kita yang menghidupkan semula umat generasi Al-Quran melalui kempenDUNIA MEMBACA AL-QURAN ini.
MAKA TAHUN 2025 INI KITA TERUSKAN DAN PERLUASKAN LAGI KE NEGARA AFRIKA YANG LAIN
.
Al-Quran yang kami sebarkan ini dengan kerjasama Turki dan Yayasan Hayrat Turki.
Al-Quran ini mendapat pengesahan dan pengiktirafan Jabatan Urusan Agama Islam Turki dan mendapat pengesahan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Ditulis oleh Ahmed Husrev Altınbaşak, Al-Quran ini adalah Al-Quran berwarna dan senang dibaca. Al-Quran ini juga dicetak dan diedarkan di Turki yang dikenal sebagai "Resm-i Osmani". Ia dapat dibaca oleh umat Islam yang tinggal di negara-negara Arab dan Afrika.
ANDA SUMBANG, KAMI SAMPAIKAN PADA MEREKA!!!!!
.
.
Ayuh! Bantu Mereka Walaupun Serendah RM 40
.
Anda boleh pilih ikut pakej di bawah mengikut kemampuan masing-masing:
.
+ TAJA 10 AL QURAN = RM 400
+ TAJA 5 AL QURAN = RM 200
+ TAJA 2 AL QURAN = RM 80
+ TAJA 1 AL QURAN = RM 40
.
InsyaAllah, dengan asbab bantuan anda semua, lebih ramai generasi Huffaz Al-Quran dapat dilahirkan di kawasan Afrika dan lain-lain.
"DUNIA BERUBAH DENGAN KEBAIKAN" HAYRAT RELIEF 2025
-------------------
Disclaimer:
Hayrat Relief komited untuk memastikan ketelusan dan keberkesanan dalam pengurusan sumbangan anda. Hanya 10% daripada jumlah sumbangan digunakan untuk kos pentadbiran, manakala
90%
selebihnya disalurkan terus kepada penerima manfaat. Kami percaya setiap sen daripada anda adalah amanah yang membawa harapan dan kehidupan kepada mereka yang memerlukan.
Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi