Tabung Umum Hayrat Relief Malaysia (HRM)

TABUNG PENDIDIKAN
1) Dana Pendidikan & Dakwah Risalah Annur
Kami mempunyai beberapa Madrasah di Gombak dan Nilai yang menempatkan pelajar-pelajar di universiti yang berdekatan. Madrasah itu juga menjadi pusat latihan dan pendidikan RIsalah Nur.
Selain itu, kami berkerjasama dengan UIAM sejak tahun 2017 sehingga sekarang di bawah projek Nursi Research and Training Center (NRTC). Di NRTC, kami telah berjaya memberikan sijil kursus Risalah Nur kepada ratusan pelajar dan pensyarah yang mengikuti program kami. Begitu juga kerjasama kami dengan USIM telah terjalin sejak 2018 sehingga sekarang. Di USIM juga kami memberikan pendidikan dan latihan kepada pelajar, pensyarah malah kepada guru yang mendidik pelajar OKU di Yayasan Faqeh. Kami menjalankan webinar, kursus-kursus, bengkel dan konferens dengan badan dakwah, NGO, dan institusi pendidikan yang lain juga.
Dalam misi menyebarkan Risalah Nur, Projek Penterjemahan Kitab Risalah Nur juga sedang berjalan. Begitu juga dalam memertabatkan tulisan jawi di Malaysia, kami juga menjalankan projek menjawikan Kitab Risalah Nur. Selain itu, kami juga mempunyai projek penyelidikan untuk menghasilkan artikel, jurnal dan buku bersama ahli akademik tempatan.
Kami juga mengadakan program kem musim panas atau kem cuti semester dengan mengirim sama ada mahasiswa atau pensyarah ke Turki dalam mengkaji lebih lanjut kitab Risalah Nur. Selain itu, kami mengirim pelajar-pelajar dari Malaysia, Pattani dan Kemboja untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di universiti-universiti Turki dan mereka akan tinggal di Madrasah Hayrat di Turki.
Senarai projek yang sedang berjalan:
- Madrasah Gombak dan Nilai (Asrama Pelajar UIAM dan USIM)
- Kursus Risalah An-Nur di UIAM, USIM, UITM Johor, UITM Perak, UITM Pahang, KUIS
- Nursi Research and Training Center IIUM. (Kursus Risalah Nur, penyelidikan dan penulisan artikel dan buku, konferens dan seminar)
- USIM (Kursus Risalah Nur, penyelidikan dan penulisan artikel dan buku, konferens dan seminar) - pelajar, staff dan pensyarah
- KUIS (Kursus Risalah Nur, modul/silibus Pendidikan Islam)
- Program Latihan Risale-i Nur Intensif
- Seminar Pensyarah & Pelajar Post-Graduate
- Bengkel untuk kumpulan fokus
- Webinar dan Konferens Antarabangsa
- Tazkirah Mingguan di Masjid UIAM
- Projek penterjemahan kitab Risalah Nur
- Membuat kajian akademik dengan menghasilkan artikel, jurnal dan buku.
- Kem cuti sekolah
- Kem cuti semester
- Summer Camp turki
- Persiapan pelajar ke Turki
- Mengirim pelajar ke Turki untuk ijazah sarjana muda
- Kelas Risalah Nur online
- Waqaf Buku
Program yang sudah berjalan:
- Kursus Bahasa Turki dan Osmanlica
- Mengirim pensyarah untuk kem Risalah Nur di turki
- Asrama anak yatim (2017-2019)
Projek yang akan dilaksanakan:
- Projek penjawian buku
- Geran buku pengenalan Badiuzzaman Said Nursi
- Geran penyelidikan
- Biasiswa pelajar Malaysia, Pattani, Kemboja, Indonesia di Turki
2) Bantuan Pendidikan Pelajar
DANA PENGURUSAN DAN GERAK KERJA
Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan gerak kerja agar lebih ramai yang mendapat manfaat, kami menyasarkan dana sebanyak RM20,000 setiap bulan bagi memastikan bantuan ini
dapat disalurkan dengan sebaiknya.
Dana ini diperlukan bagi membiayai keperluan yang diperlukan bagi perkara berikut:
- Pengurusan Lapangan (Pengangkutan + Logistik)
- Pengurusan Operasi (Elaun + Pejabat + Pemasaran)
Secara keseluruhan
dana yang diperlukan bagi tahun 2021 ini adalah RM240,000.
Setiap sumbangan yang anda disumbangkan
amat bermakna. Semoga dengan setiap sumbangan diberikan,
pihak tuan/puan dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dalam
ketaatan, serta dikurniakan rezeki yang berkat. Ameen.