“Secebis roti yang kering tidak akan dapat dikecapi nikmatnya oleh seorang yang kenyang..”
Di Syria & Gaza adalah kod merah iaitu bekalan makanan dihadkan, hospital dilumpuhkandan insha-Allah mereka memerlukan bantuan kita yang sangat kritikal dan segera.
Tahun lalu pada bulan Ramadan, kita telah memberi bantuan di 5 buah negara. Seruan taja Pek Iftar serendah RM12 atau RM22 (untuk Palestin) kita teruskan usaha jihad mulia ini sekali lagi pada Ramadan kali ini !
Pakej Tajaan
Jom infaq bersama kami
PEK MAKANAN DAN HADIAH UNTUKMU SYRIA
Hayrat tidak meninggalkan saudara-saudara kita di Syria sendirian sejak penubuhan kami. Dengan sokongan ramai, bantuan telah mencecah lebih 41 juta orang dalam pelbagai jenis bantuan seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan selama 12 tahun dan kami akan terus berbuat demikian.
Dalam kekuatan Ramadan, saya ingin menjemput anda untuk menghulurkan bantuan tajaan Pek Iftar, Pek Makanan & Hadiah di kawasan paling terpinggir dan terdedah. Usaha kolektif kita bukan sahaja mengubah kehidupan mereka yang memerlukan, malah membenihkan harapan dan membuka lorong ke masa depan yang lebih cerah.
"Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia, maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat."
(Riwayat Muslim 2699)
Jom menuai saham akhirat berpanjangan di bulan mulia ini
"DUNIA BERUBAH DENGAN KEBAIKAN"
HAYRAT RELIEF
2025
-------------------
Disclaimer:
Hayrat Relief komited untuk memastikan ketelusan dan keberkesanan dalam pengurusan sumbangan anda. Hanya 10% daripada jumlah sumbangan digunakan untuk kos pentadbiran, manakala 90% selebihnya disalurkan terus kepada penerima manfaat. Kami percaya setiap sen daripada anda adalah amanah yang membawa harapan dan kehidupan kepada mereka yang memerlukan