Sebungkus Makanan, Seribu Kebaikan

Sebungkus Makanan, Seribu Kebaikan

SEBUNGKUS MAKANAN, SERIBU KEBAIKAN
(BIR YEMEK PAKETI, BIN IYILIK)

Program ini merupakan sebuah program pemberian makanan panas kepada para pelajar universiti yang dikategorikan sebagai 'Fi sabilillah' (yang berada di dalam jalan Allah) kerana ada di kalangan mereka yang datang dari jauh untuk menuntut ilmu di sesebuah universiti. 



TUNTUTAN RASULULLAH SAW DALAM MEMBANTU MEREKA YANG SEDANG MENUNTUT ILMU

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,

ﻣَﻦْ ﺟَﻬَّﺰَ ﻏَﺎﺯِﻳًﺎ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻓَﻘَﺪْ ﻏَﺰَﺍ ، ﻭَﻣَﻦْ ﺧَﻠَﻒَ ﻏَﺎﺯِﻳًﺎ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑِﺨَﻴْﺮٍ ﻓَﻘَﺪْ ﻏَﺰَﺍ

“Barangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad.”

[HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Menurut syarahan hadith tersebut, membantu menyediakan dan menyumbang dari sudut kelengkapan berperang, maka seseorang itu juga akan mendapat pahala seperti mereka yang ikut pergi berjihad. 

Juga, dapat disimpulkan disini, jika seseorang itu sedang berada di jalan Allah dan mengikuti ketaatan-Nya, maka itu pun dikira sebagai mereka yang pergi berjihad. Dari sudut ini, mereka yang pergi merantau untuk menuntut ilmu juga berada di jalan Allah kerana menurut perintah Allah dan Rasul-Nya. Maka, sebarang bantuan seperti membelikan buku-buku untuknya, memberikan tempat tinggal, membiayai yuran dan lain-lain lagi, baginya pahala seperti penuntut ilmu tersebut tanpa dikurangi sedikit pun pahalanya. Subhanallah




AYUH BERSAMA HAYRAT RELIEF MALAYSIA

Di atas semangat ini, Hayrat Relief Malaysia melalui inisiatif ini, ingin membantu mereka yang sedang menuntut ilmu di universiti yang datang dari pelbagai negeri dan ada dalam kalangan mereka, tidak mencukupi duit untuk membeli makanan. Mereka harus berjimat untuk menyimpan duit bagi bertahan selama satu semester pengajian.

Hayrat Relief Malaysia juga mempunyai badan sukarelawan (Annur Youth) di beberapa buah universiti seperti di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan juga di Univerisiti Institut Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Mereka akan menjalankan program ini dan dalam perancangan, kami akan menyampaikan makanan tengah hari kepada universiti yang terpilih sebulan dua kali, In syaa Allah.



 Realisasikan projek ini dengan semangat dan sumbangan dari anda semua.

Ayuh! Hanya RM 10, anda telah menyampaikan 1000 kebaikan kepada pelajar-pelajar yang sedang menuntut ilmu ini.

--------------------

"DUNIA BERUBAH DENGAN KEBAIKAN"

HAYRAT RELIEF MALAYSIA

2024


Penafian: 

Bagi pembayaran mengunakan payment gateway BillPlz,  cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.
10% akan diambil sebagai kos pentadbiran dan selebihnya akan disalurkan kepada penyumbang.
 Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi  03-2938 2830 (HQ HAYRAT RELIEF MALAYSIA)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Tajaan RM10 Pek Seribu Kebaikan
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel pemikirannurmalaysia@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaPERTUBUHAN PEMIKIRAN BADIUZZAMAN DAN RISALAH AN-NUR
No. Akaun564490469194
Buka Maybank2u  
PenamaPERTUBUHAN PEMIKIRAN BADIUZZAMAN DAN RISALAH AN-NUR
No. Akaun564490469187
Buka Maybank2u  

PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

PEMIKIRAN NUR (HAYRAT RELIEF) PPM-018-10-04092012
pemikirannurmalaysia@gmail.com
+60329382830
Hubungi Kami