Ibadah Korban Bersama Hayrat 2023

SERTAI IBADAH KORBAN BERSAMA HAYRAT RELIEF MALAYSIA



ANDA MASIH TERCARI-CARI DI MANA UNTUK LAKSANAKAN IBADAH KORBAN? 

ANDA TERINGIN MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN DI MALAYSIA ATAU LUAR NEGARA? 

ANDA MASIH BELUM JUMPA EJEN YANG DIPERCAYAI? 


HAYRAT RELIEF MALAYSIA BOLEH SELESAIKAN MASALAH ANDA!


PENDAFTARAN IBADAH KORBAN DAN SEDEKAH DAGING KORBAN RAYA HAJI TAHUN 2023 SUDAH DIBUKA!





KENAPA PILIH IBADAH KORBAN BERSAMA HAYRAT RELIEF MALAYSIA?


✔️ Hayrat berpengalaman menyampaikan misi kemanusiaan ke seluruh dunia, termasuk ibadah korban sejak tahun 2016 dengan kerjasama Hayrat Humanitarian Aid Turki dan juga bantuan organisasi tempatan. Bantuan kemanusiaan telah disampaikan ke seluruh dunia bagi umat Islam yang memerlukan seperti di Syria, Turkiye, Pattani, Indonesia, Yaman, Palestin, Kemboja, Sudan, Tanzan, benua Afrika dan banyak lagi.

✔️ Kami turut membuka peluang bagi mereka yang tidak mampu sertai ibadah korban, untuk bersedekah daging korban bersama kami.

✔️ Daging korban akan kami edarkan kepada mereka yang memerlukan dan juga akan jalani proses vacuum pack untuk simpanan tahan lama.

✔️ Harga kambing dan lembu di Afrika & Syria lebih murah berbanding di Malaysia. Bagi yang ingin mendapatkan kambing/lembu korban yang lebih murah, pihak Hayrat Relief Malaysia menyediakan pengurusan melalui program #MudahnyaKorban.

✔️ Penyediaan sijil, gambar dan juga video urusan penyembelihan terus kepada pelaksana ibadah korban.

✔️ Kebersihan proses sembelihan terjaga rapi dengan melakukan sembelihan dan diurusakan pakar yang berpengalaman.

✔️ Daging korban diedarkan dalam bentuk daging mentah kepada asnaf.

✔️ Korban anda akan diterima oleh umat Islam yang benar-benar memerlukan dan sedang diuji dengan pelbagai cabaran.





Pada tahun ini kami kembali lagi menawarkan khidmat Ibadah Korban di luar negara kepada anda semua. Segala pakej saiz dan senarai harga boleh lihat di bawah:


1) Benua Afrika

1 bahagian Lembu (200-300kg) = RM 390


2) Kawasan Gempa Syria

1 ekor kambing = RM 890


3) Kawasan Gempa Turkiye

1 ekor kambing = RM 1200


4) Sedekah Daging Korban

1 slot = RM 50


"MENGAPA MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN DI LUAR NEGARA?

DI DALAM NEGARA PUN MASIH RAMAI YANG MEMERLUKAN"


Umum mengetahui negara Malaysia di antara negara yang stabil dan mudah untuk mendapatkan bekalan. Namun, nasib di negara luar, tambahan pula negara yang bukannya majoriti Islam dan negara yang mengalami krisis ekonomi dan peperangan tidaklah bernasib baik seperti kita. Mereka tidak mampu untuk menampung kos bagi melaksanakan ibadah korban kerana keadaan ekonomi mereka dan ada yang mengharapkan bantuan sahaja. 


Walaupun boleh dikatakan ramai NGO yang menawarkan ibadah korban di luar negara, namun ia tetap tidak mencukupi untuk menampung ramai keluarga yang memerlukan terutama sekali di tempat-tempat pelarian dan yang berlaku peperangan. 


Oleh itu, apa salahnya jika kita berkongsi sedikit rezeki dengan saudara se-Islam kita di luar negara yang kurang bernasib baik seperti di Malaysia yang hidup dalam keadaan aman damai dan stabil. In syaa Allah.


Semoga Allah SWT menerima ibadah Korban kita pada tahun ini.


JOM IBADAH KORBAN!

 



*PENAMA KORBAN PENUH dimohon untuk meletakkan Nama Penuh di butiran Nama disertai dengan Emel Rasmi.

*Sijil Korban (softcopy) bagi mereka yang berniat melaksanakan Ibadah Korban 



Hubungi nombor yang tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan lanjut:

013-4229308 (Faris)



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Ibadah Korban Mangsa Gempa Turkiye 1 ekor Kambing HABIS STOK
Ibadah Korban Mangsa Gempa Syria 1 ekor Kambing HABIS STOK
Ibadah Korban Afrika 1 bahagian HABIS STOK
Sedekah Daging Korban
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel pemikirannurmalaysia@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
  • Rujukan "Korban" perlu diletakkan semasa melakukan transaksi di ruang rujukan.
PenamaPERTUBUHAN PEMIKIRAN BADIUZZAMAN DAN RISALAH AN-NUR
No. Akaun564490469170
Buka Maybank2u  

PENGESAHAN