TAJAAN IFTAR UMMAH ASNAF 2024

TAJAAN IFTAR UMMAH ASNAF 2024

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:


مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya:  “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)


Disebalik kita dapat menikmati juadah iftar yang sedap dan pelbagai sehingga ada sebahagiannya tidak habis dan dibuang begitu saja, terdapat saudara seislam kita di luar sana tidak tahu untuk berbuka dengan makanan apa, bahkan terpaksa catu makanan selepas seharian berpuasa. Program Iftar Ummah oleh Hayrat Relief Malaysia mensasarkan masyarakat seislam kita di Asia Tenggara yang melibat negara-negara minoriti Islam iaitu di Kemboja dan Filipina. Status kehidupan mereka masih berada pada tahap miskin, pada masa yang sama menerima tekanan daripada mereka yang memusuhi Islam.

 

Selain itu, Hayrat Relief Malaysia juga mensasarkan iftar di dalam Malaysia yang melibatkan sebuah pusat anak yatim, Baitul Ehsan, Taman Maluri yang menempatkan 100 orang anak yatim dari pelbagai latar belakang yang begitu menyayat hati sehingga ada sebahagiannya tidak mengenali langsung ibu dan ayahnya.

 

Dan yang paling utama yang tidak boleh kita lupakan adalah saudara kita yang ditindas dengan teruk sekali iaitu di Palestin serta di Syria. Maklum diketahui tentera Rejim Israel Laknatullah sehingga sekarang masih membantai dan membunuh orang awam yang tidak bersalah termasuk perempuan, anak-anak kecil dan orang tua walaupun selepas mendapat arahan daripada ICJ untuk menghentikan pembantaian genocid. Rakyat Palestin dalam kelaparan kerana kekurangan makanan dan air yang bersih. Di Syria juga masih terdapat pelarian yang tiada pekerjaan dan duit dan masih mengharapkan bantuan makanan daripada orang ramai.

 

Penerima manfaat: 100 anak yatim Baitul Ehsan, 500 Palestin dan 500 Syria, 100 Kemboja dan 300 Filipina setiap hari

 

Target kutipan: RM 370,500

 

Jumlah penerima manfaat: 1500 iftar / 15 hari

 

Lokasi projek: Malaysia, Kemboja, Filipina, Palestin dan Syria







Tanpa sokongan bersama dari Tuan/Puan, program IFTAR UMMAH ini tidak dapat kami sempurnakan dengan jayanya.

Pakej Iftar semua negara Bernilai RM 77/slot sehari



     ANDA SUMBANG, KAMI SAMPAIKAN 



    Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:

    إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتَّى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ

    Maksudnya:  “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.”

    (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)


    Semoga dengan   bantuan anda semua, lebih ramai asnaf dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Ayuh bantu mereka walaupun serendah RM 10

    **Jika ada sebarang lebihan slot, slot tersebut akan digunakan untuk tabung asnaf/yatim di kawasan lain.


    Penafian:

    Bagi pembayaran mengunakan payment gateway BillPlz, cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.
    Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta menampung kos pengurusan.
     Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi  +603 2938 2830 (HQ HAYRAT RELIEF MALAYSIA).



    Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

    Ruangan yang wajib diisi

    BUTIRAN PEMBELIAN

    Produk Kuantiti Harga (RM)
    Iftar 1 Slot Taja Semua Negara (RM 82)
    Iftar Palestin (RM 25)
    Iftar Syria (RM 20)
    Iftar Filipina (RM 10)
    Iftar Kemboja (RM 10)
    Iftar Indonesia (RM 10)
    Iftar Malaysia (RM 7)
    JUMLAH
    JUMLAH KESELURUHAN (RM)
    Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

    BUTIRAN PELANGGAN

    BUTIRAN PEMBAYARAN


    PENGESAHAN

    Hubungi Kami